Monday, July 10, 2017

Tips Jalan UK Part 2 - Bunga di UK

Bunga di UK

Bukan di Netherland je tau ada flower yang cantik, kat UK pun ada. Meh nak belanja rahsia bunga yang cantik2 kat UK nih.

1. Bluebell Forest
Bunga ni sebenarnya bunga liar. Tapi sebb muncul pada waktu yang sama, nampak mcm cantik giler. Kaler biru.. Macam masuk alam bunian pun ada rasenya..hahaha... Yang pernah saya pi adalah dekat Brighton, Arlington Bluebell. Dia siap dgn mini zoo utk korang lawat. Tiket masuk dlm £2 kot tak silap. Musim berkembang dalam tengah bulan 4 ke tengah bulan 5.

2. Lavendar Farm
Lavendar farm ni tempat org tanam bunga Lavendar utk buat perfume, oil, dll. Lawa..Warna unggu.. Ada byk tempat yang tanam. yang dekat London adalah di Mayfield. TIket masuk £1 per person. Kalo kat tempat2 lain mcm kat Cotswold, tiket masuk dlm £3.50/person. Ada sekali dgn bunga liar yang colorfull. Sambil tu boleh melawat bandar Bourton-on-the-water yang dlm 20 minit jer dari situ. Satu lagi farm yang menarik adalah dekat Cambridge. Ada sunflower farm dan bunga lavendar dekat situ.. tak pasti berapa tiket masuk.. Musim yang sesuai utk tgk Lavendar ni adalah dari tgh Jun ke awal bulan August.

3. Confetti Flower Farm
Flower farm ni tanam bunga jenis Delphinium yang orang guna untuk tabur time kahwin tu. Juga guna utk buat flower bag yang wangi tu. Yang ni seriusly sgt cantik, setanding dgn bunga tulip kat Kaukenhaf. Colorfull.. Terletak dlm Cotswold District, 2 jam perjalanan dari London. Masuk dalam £2.5 sorang. Ada ladang gandum yang menguning tepi flower farm nih..Sedihnya, flower farm ni hanya di buka untuk public hanya 10 hari jer setahun. Tahun ni 1 - 9 Julai jer... So dah tak de dah..

4. Rapseed Flower
Bunga ni sebenarnya bersepah jer area UK. Guna utk buat minyak rapseed. Berkembang mekar awal bulan 4 hingga awal bulan 5. Lawa juga, menguning. Tak de pulak tahu ada farm yang open utk lawatan. Tapi, kalo naik keta ke area2 Oxford or Cambrdige, boleh je berhenti kejap and bergambar.

Itu jer utk post kali ni. 

Ni link utk pakej-pakej travel yang saya tawarkan.

1)  http://bilikhomestaylondon.blogspot.co.uk/2017/05/travel-pakej-yang-lebih-1-hari.html
2) http://bilikhomestaylondon.blogspot.co.uk/2017/03/senarai-pakej-tour.html
3) http://bilikhomestaylondon.blogspot.co.uk/2017/07/day-trip-package.html  

Sebarang Pertanyaan boleh di hubungi-

Nik - +447542024004
Aishah - +447751691690

No comments:

Post a Comment