Monday, December 31, 2018

Bilik Homestay - Zone 2

Assalamualaikum,

Kami menyediakan bilik homestay di Zon 2, London.

Terdapat 2 jenis rumah.

1. Rumah 3 bilik


Rumah ini dilengkapi 1 bilik double bed (2 orang) dan 1 bilik master bed (3 - 4 orang).


Bilik ini dilengkapi :



1. Tandas dan bilik mandi (Dikongsi bersama tuan rumah)

2. Dapur - Oven, Microwave, Rice Cooker (Dikongsi bersama tuan rumah)

3. Washer Dryer (Kongsi bersama tuan rumah)
4. Fridge (Kongsi bersama tuan rumah) 
5. Free Unlimited Wifi

Rate : 
Seorang -  £30
2 Orang ke atas -£25/person
Kesemua 2 bilik ( 6 orang) - £140

















2. Rumah 1 bilik

Bilik ini dilengkapi :

1. Katil double
2. Sofabed 
3. Tandas dan bilik mandi (Dikongsi bersama tuan rumah)
4. Dapur - Oven, Microwave, Rice Cooker (Dikongsi bersama tuan rumah)
5. Fridge (Kongsi bersama tuan rumah) 
6. Free Unlimited Wifi


Bilik ini boleh memuatkan 3 -4 orang maksimum. 










Harga bilik berdasarkan bilangan penyewa dan tempoh sewaan (dewasa) :

Seorang -  £30
2 Orang -  £50
3 Orang -  £70 
4 orang -   £85
 

Harga boleh dirundingkan mengikut jumlah hari yang ingin disewa.

Perkhidmatan Transportation

Kami juga ada menyediakan perkhidmatan transport service (maksimum 7 orang). Kami akan menggunakan kereta jenis Toyota Estima untuk pengangkutan. 
Sebarang pakej boleh dirunding. Pakej2 yang sedia ada boleh di akses di:

1)  http://bilikhomestaylondon.blogspot.co.uk/2017/05/travel-pakej-yang-lebih-1-hari.html

2) http://bilikhomestaylondon.blogspot.co.uk/2017/03/senarai-pakej-tour.html
3) http://bilikhomestaylondon.blogspot.co.uk/2017/07/day-trip-package.html  
Sebarang Pertanyaan boleh di hubungi-

Nik - +447542024004 or +601165152468


Thursday, March 22, 2018

Makanan Halal di London - West London

Assalamualaikum,

Untuk post kali ni, saya akan listkan tempat2 makanan yang halal di kota London. Sedap atau tidak bergantung pada lidah masing-masing. List ni tak termasuk Chicken Cottage ke, fast food ke yang bersepah kat London ni. Hanya tertumpu di kawan West and sedikit di Central London.

1. Noodle Oodle
Makanan chinese muslim yang halal dan sedap. Specialty kat sini adalah roasted duck. Kulit yang crispy. Kedai terletak di 106 Queensway, Bayswater, London W2 3RR. Harga standard London, around £8/dish

2. Tuk tuk

Self-proclaim Thailand cuisine, makanan sini rate harga yang standard. Tapi kurang kena dgn tekak saya. Since saya nak share restoran halal, so includelah sekali dalam list.  Terletak di 54 Queensway, Bayswater, London

3. Taza Kebab

Turkish kebab. Shawarma kambing dia sgt sedap. Harga yang kecil £3.50 dan yang besar £5. Beza besar dan kecik cuma terletak pada daging dia. Amik yang kecik dah OK. 35A Queensway, Bayswater, London. Waktu bukak dari 11 pagi - 1 tgh malam.

4. Norma cafe.

Norma cafe ni menjual makanan melayu. Terletak dalam Queensway market kat bayswater. Harga makanan dalam katagori normal, around £6.  Terletak di Unit Market, 23-25 Queensway, London. Masuk dalam Queensway market, kona kiri. Terus ke hujung jer. 

5. Putra Putri Cafe

Menjual makanan Malaysia. Terletak di sebalah Berjaya Eden Hotel Bayswater. Kedai ni kecik jer, muat dlm 12 - 15 org. Jual nasi campur and menu of the day. Nasi capur dia start dari £7.90 utk lauk, sayur dan nasi. Sedap jugak makanan dia. 

6. Tinsle Town Bayswater

terletak di bayswater jugak. Full adress di 57 Westbourne Grove, London W2 4UA. Menjual western food. Recommended kalo nak makan steak or burger yang sedap. Harga around £7 for burger and £15 for steak. Bukak dari 12tgh hari hingga 1.30 pagi.

7.Warisan Cafe

Terletak di 190 Sussex Gardens, Paddington, London W2 1TU. Bukak dari 12tgh hari hingga 10 malam. Menghidangkan makanan Melayu. Harga start from £6 untuk nasi ayam. Kalo take away nasi ayam harga cuma £3.50! 

8. Tuk Din

Restoran ni terletak di 41 Craven Rd, London dan menjual makan melayu. Specialty dia yang saya suka adalah mi goreng mamak dan mi bandung. Sedap hingga menjilat sudu. Harga satu dish around £8. Bukak dari 12pm - 11pm. 

9. Melur

Juga menjual makanan melayu. Specialty kat restoran ni adalah nasi kandar dan bihun sup utara. Sedap baq ang!! Harga bermula dari £7/dish mcm tu. Untuk specialty, harga dia £8.50. Terletak di 175A Edgware Rd, Paddington, London. Bukak dari 12pm - 11pm

10. Burgeri

Menjual burger daging wagyu dan angus, western food restaurant. Burger wagyu dia comel jer, tapi sgt sedap. Harga per set dalam £12, which is quite affordable for wagyu meat. Terletak di 22 Great Marlborough St, Soho, London. Bukak dari pukul 11pg - 11mlm.

11. Westfield Shopping Center - Sheperd Bush

Dekat shopping complex ni, ade dua restoran yang menyediakan hidangan halal. Meat and Co menyediakan western food halal, ala-ala Me'nate kat Malaysia. Harga pun ala-ala Me'nate jugak ler. Around £45 for a steak. Tapi kalo pergi weekdays dapat la daily meal yg harga lebih kurang£20 mcm tu, cuma portion jer la kecik comel. Kena request halal menu kalo pergi ke Meat and Co. Satu lagi restorant yg halal kat situ namanya Penang. Jual makanan Malaysia. Harganya standard makanan shopping complex, dlm £10 ke atas.

12. Malaysia Hall
Tempat makan paling murah dan boleh tahan sedap. Pada ketika artikel ini ditulis, Malaysian Hall masih ditutup bagi proses tender baru. So, tak dek review untuk makanan utk pengurusan baru nih. 

13. Aroma - Sheperd Bush
Restoran buffet makanan asian. Bayar dlm £10 unutk lunch. Boleh makan macam-macam. Ada tom yam, tepenyakki, kari kambing dll. Terletak di Unit B, First Floor, West 12 Shopping Centre, Shepherd's .

14. Spicy Basil
Menjual makanan thai. Seriously the most authentic and delicious thai food in London (ikut lidah saya). Dari Tom Yum, dim sum, nasi goreng, pad thai.. semua sedap... harga start dari  £6 untuk main dish tapi portion besar. Kompem kenyang. Bukak dari 11.30 pg - 11 malam. Alamat di 165 Kilburn High Road, Kilburn, London NW6 7HY.

Sunday, March 11, 2018

Promotion Bulan 4


Sempena menyambut kedatang musim bunga 2018 ini, promotion akan dibuka untuk lawatan ke keukenhaf.

1.  London - Giethoorn (1) -Keukenhaff - London - 2D1N
7 pax max (limited luggage) - £1450 (normal price = £1600)

2. London - Giethoorn (1) - Amsterdam (1) - Keukenhaf - London - 3D2N
7 pax max (limited luggage) - £1650 (normal price = £1800)

Not include entrance ticket, meal, etc
Include hotel and MPV with driver

Contact :
+447542024004 - Azhar





Wednesday, November 15, 2017

Europe Private Tour - Promosi Istimewa

Europe Tour Promotion - Private Tour!!

Assalamualaikum semua

Promosi Istimewa Untuk tempahan bermula dari Dec 2017 hingga May 2018.

1. 10D9N - London - Brussel - Amsterdam - Cologne - Switzerland - Paris - London
£6000 (5 person max).- Estima
£7500 (7 person max) - Viano

2. 5D4N
London - Brussel - Amsterdam - Paris - London
£3300 (5 person max.) - Estima
£3900 (7 person max) - viano

3. 2D1N - London - Paris - London
£1400 (7 person max) - Estima (Limited luggage)
£1800 (7 person max) - viano

4. London - Paris - London ( Day Trip)
£1000 (7 person max) - Estima
£1200 (7 person max) - viano

5. 2D1N London - Kaukenhaf - Amsterdam - London
£1500 (7 person max) - Estima (Limited luggage)
£1900 (7 person max) - viano

Harga termasuk accomodation, breakfast, ferry dan pengangkutan (ground package)
Tidak termasuk tiket masuk, tiket flight dan makanan.

Sila hubungi Azhar - +447542024004 untuk ittenarary.

















Tuesday, October 10, 2017

Promosi homestay dan package

Assalamualaikum,

Homestay

Bermula dari 13 December, homestay 3 bilik available satu rumah dengan harga 160 pound manakala homestay 2 bilik pula available dengan kada 100 pound per night. Max occupancy untuk 3 bilik adalah 8 orang manakala untuk 2 bilik adalah 6 orang.

Pakej Perlancongan

Untuk bulan 10, potongan sebanyak 10- 30 pound akan diberikan  bergantung kepada pakej yang ditempah.

Jom jalan-jalan London!!!

Tuesday, July 18, 2017

SUMMER PROMOTION!!

Assalmualaikum,

Kami ingin menawar summer promotion sehingga 10% untuk setiap day trip pakej yang kami tawarkan!!
Promosi hanya berkuat-kuasa di hujung minggu sahaja serta tidak termasuk airport transfer.

Tempah sekarang!!!

Senarai pakej day trip boleh di akses di:

http://bilikhomestaylondon.blogspot.co.uk/2017/07/day-trip-package.html

Jom JALAN!!!

Monday, July 10, 2017

Tips Jalan UK Part 2 - Bunga di UK

Bunga di UK

Bukan di Netherland je tau ada flower yang cantik, kat UK pun ada. Meh nak belanja rahsia bunga yang cantik2 kat UK nih.

1. Bluebell Forest
Bunga ni sebenarnya bunga liar. Tapi sebb muncul pada waktu yang sama, nampak mcm cantik giler. Kaler biru.. Macam masuk alam bunian pun ada rasenya..hahaha... Yang pernah saya pi adalah dekat Brighton, Arlington Bluebell. Dia siap dgn mini zoo utk korang lawat. Tiket masuk dlm £2 kot tak silap. Musim berkembang dalam tengah bulan 4 ke tengah bulan 5.

2. Lavendar Farm
Lavendar farm ni tempat org tanam bunga Lavendar utk buat perfume, oil, dll. Lawa..Warna unggu.. Ada byk tempat yang tanam. yang dekat London adalah di Mayfield. TIket masuk £1 per person. Kalo kat tempat2 lain mcm kat Cotswold, tiket masuk dlm £3.50/person. Ada sekali dgn bunga liar yang colorfull. Sambil tu boleh melawat bandar Bourton-on-the-water yang dlm 20 minit jer dari situ. Satu lagi farm yang menarik adalah dekat Cambridge. Ada sunflower farm dan bunga lavendar dekat situ.. tak pasti berapa tiket masuk.. Musim yang sesuai utk tgk Lavendar ni adalah dari tgh Jun ke awal bulan August.

3. Confetti Flower Farm
Flower farm ni tanam bunga jenis Delphinium yang orang guna untuk tabur time kahwin tu. Juga guna utk buat flower bag yang wangi tu. Yang ni seriusly sgt cantik, setanding dgn bunga tulip kat Kaukenhaf. Colorfull.. Terletak dlm Cotswold District, 2 jam perjalanan dari London. Masuk dalam £2.5 sorang. Ada ladang gandum yang menguning tepi flower farm nih..Sedihnya, flower farm ni hanya di buka untuk public hanya 10 hari jer setahun. Tahun ni 1 - 9 Julai jer... So dah tak de dah..

4. Rapseed Flower
Bunga ni sebenarnya bersepah jer area UK. Guna utk buat minyak rapseed. Berkembang mekar awal bulan 4 hingga awal bulan 5. Lawa juga, menguning. Tak de pulak tahu ada farm yang open utk lawatan. Tapi, kalo naik keta ke area2 Oxford or Cambrdige, boleh je berhenti kejap and bergambar.

Itu jer utk post kali ni. 

Ni link utk pakej-pakej travel yang saya tawarkan.

1)  http://bilikhomestaylondon.blogspot.co.uk/2017/05/travel-pakej-yang-lebih-1-hari.html
2) http://bilikhomestaylondon.blogspot.co.uk/2017/03/senarai-pakej-tour.html
3) http://bilikhomestaylondon.blogspot.co.uk/2017/07/day-trip-package.html  

Sebarang Pertanyaan boleh di hubungi-

Nik - +447542024004
Aishah - +447751691690